BLOG SAMURAI WARGA KUALA PERLIS:BARISAN NASIONAL AKAN KALAH DI KUALA PERLIS PADA PRU 13 NANTI

Menjelang pilihan raya ke 13 yang semakin hampir...dibimbangi Parti Barisan Nasional akan mengalami kekalahan teruk di Negeri Perlis kerana banyak masallah yang tidak diselesaikan diperingkat negeri yang membuatkan pengundi akan berubah hati dan mengundi pembangkang untuk membuat perubahan setelah lebih 50 tahun UMNO Memerintah dan nasib rakyat tidak dibela oleh pemimpin yang diberi mandat oleh rakyat semasa pilihan raya ke 12 dulu.
Angin perubahan begitu ketara di DUN Kuala Perlis yang secara keseluruhannya nasib rakyat langsung tidak dibela malah mereka ibarat menumpang dikampung halaman sendiri kerana diibaratkan pendatang siam dan burma mendapat lebih layanan istemewa daripada rakyat tempatan.Beberapa isu besar yang telah terlalu lama tidak diselesaika oleh pemerintah menjadi tajuk utama perbualan dan perbincangan masyarakat di Kuala Perlis.Isu rumah terbakar yang belum diselesaikan setelah hampir belasan tahun kejadian itu berlaku.Mangsa rumah terbakar masih belum mendapat bantuan dan gantirugi seperti yang dijanjikan oleh kerajaan.Sehingga kehari ini mangsa rumah terbakar ditiga buah kampung masih hidup menumpang dirumah panjang yang dibena oleh kerajaan dan ada sebilangan mereka yang menyewa dan menumpang dirumah saudara mara sehingga kehari ini.Seriap kali hampir pilihan raya mereka akan dijanjikan ganti rugi dan penempatan baru dan bila habis pilihan raya,janji akan hanya tinggal janji.Ini juga yang sedang berlaku sekarang kerana pilihan raya 13 semakin hampir.
Begitu juga denagn isu geran tanah di kuala perlis.Kebanyakan mereka yang menduduki tapak rumah sekarang,telah mendiami tapak itu sejak berpuluh malahan hampir beratus tahun.Tetapi sehingga ke hari ini merka masih belum mendapat geran walau pun telah memohon sejak berpuluh tahun dulu.Nasib mereka seperti pelarian kerana akan dihalau dari tapak kediaman mereka dengan alasan pembangunan.Tapi apa yang terjadi,selepas mereka berpindah..tiada apa-apa pembangunan yang dibuat diatas tapak perumahan mereka.Mereka seperti perlarian di negara sendiri dan orang burma yang baru datang ke sini diberi layanan yang lebih baik dari rakyat sendir.Ibarat kata pepatah..kera dihutan disusukan dan anak dirumah mati kelaparan.Tetapi perkara yang sama berlaku setiap kali akan diadakan pilihan raya.mereka akan diberi pelbagai bantuan dan dijajikan dengan berbagai janji manis.Tapi bila habis pilihan raya...janji akan hanya tinggal janji dan nasib mereka akan kembali seperti asal.
Kekalah UMNO di sini dilihan bukanlah kerana Pembangkang begitu kuat disini.Tapi rakyat mahukan perubahan dan telah muak dengan tipu helah dan janji janji pemimpin UMNO yang berjanji bulan dan bintang semasa nak pilihan raya dan hilang tak nampak muka bila habis pilihan raya.Rakyat hanya dijadikan percaturan politik gila mereka.
Diharap pilihan raya kali ini dapat memberi perubahan besar untuk Kuala Perlis dengan menukar pemerintah.Inilah masanya untuk merka berubah.

Tiada ulasan: