WARGA KUALA PERLIS:Jangan perbodohkan kami lagi seperti sebelum pilihan raya sebelum ini

     Pemimpin-pemimpin UMNO Perlis terutamanya YB kuala perlis sepatutnya merasa malu kerana masih berani berjaji untuk itu dan ini kepada warga Kuala Perlis sebelum pilihan raya 13 ini.Janganlah nak memperbodohkan warga Kuala Perlis lagi dengan janji kosong untuk bagi bulan dan bintang sedangkan janji lama belum ditunaikan.Kalau ikhlas nak bantu rakyat kenapa janji untuk mengantikan rumah kediaman baru kepada mangsa terbakar belum ditunaikan sampai kehari ini.Tiga kebakaran kampung diKuala Perlis masih belum diberi ganti rugi dan penempatan semula seperti yang dijanjikan.Sudah hampir berbelas tahun mereka hidup menumpang sedangkan tanah tapak rumah yang terbakar telah diambil oleh kerajaan dengan alasan untuk Pembangunan.

      Pemimpin-pemimpin UMNO Perlis masih tak tahu malu dan boleh berkempen dan berjanji untuk memberi kebajikan dan bantuan kepada warga kuala perlis jika UMNO menang lagi di DUN Kuala Perlis sedangkan kebanyakan pengundi DUN Kuala Perlis duduk dikampung kampung ditepi sungai tanpa gerana walaupun telah berpuluh malahan beratus tahun mendiami kawasan itu.

       Kalau dulu Kuala Perlis seperti tiada dalam senarai pembangunan dan bantuan kerajaan,tapi sejak hampir pilihan raya,tak henti henti pemimpin UMNO masuk kekampung silih berganti untuk beri bantuan dan bertanyakan masalah penduduk sedangkan sebelum ini nak nampak batang hidung pun cukup payah.Kalau dulu YB susah nak jumpa,ketuk rumah berjam jam baru nak keluar,sekarang dah pandai minum kat warung bersama penduduk.Dah pandai belanja orang makan kat kedai.Kalau dulu kedekut tahi hidung masin dan cakap menengking nengking sekarang dah jadi lemah lembut dan bersopan santun serta pemurah.

     Sudah la...angan perbodohka orang kampung yang kebanyakannya miskin dan hidup susah.Jagan ingat duit boleh beli segalanya sampai tak pandai nak umpamakan orang.


Tiada ulasan: