Penjelasan Wakil Rakyat tentang penempatan baru mangsa kebakaran kg puju dan kampung seberang tok pi



Tuntutan Warga Kuala Perlis
      Kami mahu penjelasan dari Wakil Rakyat Kuala Perlis dan Menteri Besar Perlis tentang janji kerajaan Barisan Nasional yang belum ditunaikan kepada kami,Kami mahu pampasan dan penempatan baru seperti yang dijanjikan.Semasa kebakaran dulu,kami dijanjikan akan diberikan pampasa yang sepatutnya dan penempatan baru untuk kami tinggal dalam masa 6 bulan.Tetapi sehingga sekarang telah 14 tahun kami merempat seperti pendatang asing di kampung halaman sendiri.

     Kami tak mahu lagi dengar janji janji kosong pemimpin barisan nasional Perlis yang bercakap hanya manis dimulut sedangkan kami tidak mendapat seperti yang dijanjikan.Kami mahu semua masallah ini diselesaikan sebelum pilihan raya keran perkara yang sama akan berlaku bila habis pilihan raya..kami akan tertipu lagi dan diabaikan seperti sekarang.
     Kami nak tanya Wakil Rakyat dan Menteri Besar Perlis.Apa yang susah sangat nak bantu kami kerana apa yang berlaku sekarang,pendatang burma yang baru sampai di Perlis pun diberikan batuan dan tempat tinggal yang selesa oleh kerajaan Barisan Nasional Perlis.Adakah kami ini dianggap bukan Rakyat Malaysia?

      Janganlah bermanis mulut dan tunjuk baik pada masyarakat dengan berkata supaya kami datang kepejabat untuk berunding.Telah berpuluh kami datang kepejabat YB dan Menteri untuk berunding dan beratus pucuk surat yang kami hantar berkenaan dengan masallah ini,tapi semuanya hanya kerja sia-sia dan nasib kami tidak pernah dibela malahan kami dianggap masallah kepada mereka.

      Kami minta perhatian dan tindakan dari Yang Berhormat dan Menteri Besar Perlis kerana jawatan yang saudara sandang sekarang adalah undi dan mandat dari kami semasa PRU 12 dulu.

Tiada ulasan: