Calon muda jana kemenangan di Kuala Perlis



(Oleh: Ruqayya Rahman)
Keputusan meletakkan Calon Muda di DUN N9 Kuala Perlis, Noor Amin Ahmad, 31 dilihat memberi kelebihan kepada KEADILAN, sekaligus bakal menjana kemenangan di situ.
amin ahmad“Walaupun saya bukan anak jati Kuala Perlis, tapi saya orang Perlis, saudara mara saya sangat ramai di Kuala Perlis. Saya dah lama ikuti masalah dan perkembangan di sini seperti isu pemilikan tanah yang merumitkan penduduk.
“Cuma dulu hanya mampu beri nasihat. Sekarang dah ada peluang, banyak lagi yang boleh bantu sekiranya dipilih oleh pengundi,” kata Amin yang juga bekas pegawai komunikasi Menteri Besar Selangor.
Beliau berkata, pengalaman bekerja di IDEAS, sebuah badan pemikir dasar yang diiktiraf ke-5 terbaik dunia menjadikan beliau lebih memahami masalah ekonomi dan sosial dalam masyarakat di situ.
Dalam pada itu, katanya, tindakan Ketua Ranting KEADILAN Perlis, Shaari Ludin bertanding atas tiket bebas tidak melemahkan jentera KEADILAN di situ.
“Saya raikan demokrasi ini, dalam masa yang sama, saya belajar untuk jana semula kekuatan jentera dan itu bukan masalah besar kerana rakyat terutama jentera muda bersama saya,” katanya yang merupakan pemegang Diploma Perhutanan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan, Universiti Pertanian Malaysia.
Beliau yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya ini akan menentang Shaari, selain calon BN, Mat Hassan yang mengalahkan calon Pas, Ahmad Tajuddin Salleh pada PRU 2008 dengan majoriti 2,521 undi.


MENGAPA KITA PERLU TOLAK CALON PAYUNG TERJUN PAKATAN RAKYAT DI DUN KUALA PERLIS N09 

MENGAPA KITA PATUT TOLAK NOOR AMIN

Sebagai orang kuala dan beragama islam,kita patut tolak Nooramin kerana beberapa sebab.

1.Bukan anak tempatan kuala Perlis.
       Beliau tidak kenal orang Kuala Perlis
        Datang ke Kuala Perlis hanya untuk bertanding
        Tidak tau masallah orang kuala Perlis
        Tidak pernah berkhidamat atau berjasa pada orang Kuala Perlis

2.Tiada pengalaman politik.
       Umur yang terlalu muda
        tidak pernah bertanding sebelum ini
        Tiada pengalaman mentadbir
   
3.Beliau ditaja dan disokong oleh Syiah (Keadilan Perlis-klick untuk info)

Calon PKR untuk N 09 DUN Kuala perlis iatu saudara Nooramin adalah calon payung terjun yang dibawa ke Kuala Perlis hanya untuk bertanding.Beliau bukan anak tempatan Kuala Perlis dan tidak dikenali oleh orang Kuala Perlis.Beliau tidak mahir dengan kawasan kuala perlis dan tidak tahu apa masallah yang dihadapi oleh orang Kuala Perlis dan apa yang orang Kuala Perlis mahu dari pemimpin yang akan mereka pilih pada pru ini.Saudara Nooramin hanya menawarkan apa yang beliau akan buat jika beliau dipilih sebagai pemimpin disini tetapi beliau tak pernah berbuat sesuatu untuk membantu orang Kuala Perlis sebelum ini.     



MENGAPA KITA PERLU TOLAK PARTI YANG DIKUASAI OLEH SYIAH?
SYIAH ADALAH SESAT DAN MENYESATKAN-PENGERUSI KEADILAN PERLIS ADALAH SYIAH

Kumpulan Syiah telah lama diharamkan di Malaysia.Sejak kebelakangan ini puak ini semakin bergerak aktif di Malaysia dan mereka mengunakan pendekatan baru untuk berkuasa dan menyebarkan fahaman mereka di Malaysia dengan menyusup masuk kedalam parti-parti politik yang mempunyai keahlian orang-orang melayu islam seperti PAS,KEADILAN DAN UMNO sendiri.Mereka merancang untuk menguasai Malaysia dengan meletakkan calon-calon yang terdiri dari orang-orang mereka pada Pilihan raya kali ini.Sebelum itu,mereka telah lama menguasai parti-parti politik berkenaan dengan menyandang jawatan-jawatan penting dalam parti terutamanya Parti Keadilan Rakyat.Sebagai contoh di Negeri Perlis.Pengerusi,timbalan dan beberapa jawatan penting dalam parti adalah orang-orang yang berfahaman syiah.Saudara Mohamad Faisol mengaku secara terangan-terangan menganuti fahamn syiah sedangkan beliau adalah Pengerusi Perhubungan Negeri Parti Keadilan Rakyat Perlis.
      Persoalaannya disini adalah,jika calon-calon yang ditaja dan disokong oleh syiah adalah besar kemungkinan mereka ini adalah adalah orang-orang yang berfahaman syiah atau orang-orang yang boleh dipergunakan oleh puak syiah.jika ini berlaku,negeri perlis akan di kuasai oleh puak berfahaman syiah dan akan melakukan amalan mengikut kepercayaan mereka di Perlis.Secara terang-terangan mereka akan memerintah dengan cara tak adil dan hanya mementingkan puak yang berfahaman seperti mereka sahaja.Rakyat lain yang tidak berfaham seperti mereka akan ditindas dan lama kelamaan orang islam di Perlis tidak berani mengakui mereka orang Islam yang berfahaman Ahlil Sunah Waljemaah.Mereka akan menjalankan pentadbiran seperti Negara Iran yang sememangnya menjadi model mereka.

Sebagai seorang Islam.Kita wajib menolak semua calon yang disokong dan ditaja oleh puak yang berfaahaman syiah.Buatlah pilihan yang bijak dalam menentukan siapa yang patut menjadi pemimpin kita selepas ini.Bukan menjadi satu kesalahan untuk kita menukar pemimpin dalan pru nanti,tetapi kita mesti tau siapa pemimpin yang ingin kita pilihJangan seperti peribahasa melayi kita.."keluar dari mulut buaya...tapi masuk dalam mulut harimau".Untuk renungan kita semua..Israel memerangi Islam kerana mahu menghapuskan Islam dari muka  bumi ini,tetapi kenapa puak yang berfahaman syiah ini memerangi umat islam yang seagaman dengannya....sangup membunuh orang yang seagama denganya hanya kerana berlainan fahaman!!!!
Adakah orang yang berfahaman seperti ini yang kita mahu jadikan pemimpin kita?
                                        (KATAKAN TIDAK PADA SYIAH)
                             SYIAH ADALAH SESAT DAN MENYESATKAN

Tiada ulasan: