KEMPEN HANYA CAKAP DIMLUT BUKAN DIHATI,BILA KALAH LARI ENTAH KEMANA.PENYOKONG DITINGGALKAN TUNGANG TERBALIK.

KEMPEN HANYA CAKAP DIMLUT BUKAN DIHATI,BILA KALAH LARI ENTAH KEMANA.PENYOKONG DITINGGALKAN TUNGANG TERBALIK.   

    Setiap perkara yang dimulakan dengan jalan tak baik tidak akan mendapat keredhaan Allah dan jauh dari keberkatan Nya.Jangan mengangap kekalahan bertanding sebagai hukuman tetapi jadikalah sebagai pengajaran dan jadika panduan dimasa hadapan.Jangan ulangi kesalahan bodoh yang telah dilakukan.jangan mengambil hak orang dan kena hormat pada orang lain.Tak perlu menabur fitnah dan berbuat keburukan pada orang lain hanya kerana nak mendapat tempat.

Jika nak berbaju,hendaklah diukur dibadan sendiri.Jangan diukur pada badan orang lain.Baju akan terbesar atau terkecil dan tidak boleh dipakai.Ukur kemampuan diri.Kena jujur dan ikhlas dalam menentukan samada anda layak atau tidak untuk sesuatu perkara.

    Anda perlu bertangung jawab dengan apa yang telah anda lakukan.Jangan jadi si pengecut yang lari meninggalkan penyokong selepas kalah.Banyak yang telah dijanjikan semasa berkempen.Dan segala janji kena ditunaikan walau pun anda kalah.Sekurang-kurangnya anda masih mengambil tahu segala masalah mereka dan cuba menyelesaikanya.

    Kalau Lembu dipegang pada tali dan manusia dipegang pada janji.Sebagai orang yang bermaruah dan pernah menawarkan diri sebagai wakil rakyat,dimana anda setelah kalah dalam perjuangan.Adakah anda akan bersama dengan penyokong yang telah berkorban menyokong anda atau anda akan lari meninggalkan mereka dengan berbagai alasan dan mengangap kekalahan anda sebagai takdir.Terpulanglah pada anda samada nak menentukan saudara sebagai manusia atau lembu yang perlu dipegang pada tali.

Tiada ulasan: